Kalau berita fitnah, biarpun orang tidak percaya, ia tetap
fitnah. Dosa fitnah bukan dikira di atas orang percaya atau tidak.
Jangan kita buat fitnah semata-mata kerana orang lain juga
buat fitnah. Fitnah bukan dilawan dengan fitnah, tetapi perlu dibuktikan dengan
kebenaran atau sebaliknya.
Apa pun yang kita salin dan tampal, muat naik atau
teruskan daripada sumber lain, ia dianggap itu adalah "asal" daripada
kita.
Undang-undang tidak melepaskan kita semata-mata atas dasar salin
dan tampal, muat naik atau teruskan daripada sumber lain.
Begitu juga di akhirat, kita tidak tidak boleh hendak
melepaskan diri dengan alasan salin dan tampal, muat naik atau teruskan
daripada sumber lain.
No comments:
Post a Comment