Thursday, 2 April 2026

SULTAN TOLAK HASRAT YAHUDI BELI TANAH PALESTIN

 
Sebelum British bersetuju “mengizinkan” Zionis Eropah menjajah Palestin, pejuang idealogi Zionis, Theodor Herzl pernah cuba untuk membeli tanah itu dari Kerjaan Turki Uthmaniyyah.

Ada dicatatkan dalam sejarah Uthmaniyyah bahawa Herzl, pernah cuba untuk berbincang meminta Kerajaan Turki Uthmaniyyah untuk membeli dan membina sebuah negara untuk menempatkan orang Yahudi.

Ketika itu Palestin adalah di bawah penguasaan Empayar Uthmaniyyah, penguasaan ini termasuk tiga kota suci umat  Islam iaitu Makkah, Madinah dan Baitulmaqdis.

Sultan Abdul Hamid Hamid II yang memerintah Empayar Uthmaniyyah juga merupakan khalifah Islam di mana mereka memperoleh kewibawaan dan mendapat gelaran sebagai “penjaga” kota suci dunia Islam. 

Tetapi ketika itu Empayar Uthmaniyyah juga tidak lari dari masalah menanggung hutang yang banyak.

Pada tahun 1896, Herzl menyangka dengan keadaan ekonomi empayar Uthmaniyyah yang sedang tenat, dia merasakan inilah masa dan peluang terbaik untuk membeli tanah di Palestin. 

Herzl pergi ke Istanbul dengan harapan melakukan perjanjian yang dia sangka Sultan Abdul Hamid II tidak dapat menolak tawaran yang bakal diberikan olehnya.

Ketika itu Empayar Uthmaniyyah menanggung hutang terkumpul pada akhir abad ke-19 berjumlah AS$11.6 bilion.

Hutang-hutang itu dikawal melalui sistem yang dikenali dengan Pentadbiran Hutang Awam Uthmaniyyah (Ottoman Public Debt Administration), yang dikawal oleh kuasa besar Eropah ketika itu seperti Inggeris, Perancis, Jerman, Austria, Itali dan Belanda.

Hal ini memberikan penguasaan terhadap penjajah Eropah mengawal gerak dan kuasa Empayar Uthmaniyyah yang pada akhirnya menyumbang kepada kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Menurut satu catatan sejarah, Herzl menawarkan untuk membayar 20 juta Pound Sterling, yang bernilai kira-kira 2.2 bilion Dolar Amerika hari ini, kepada Sultan Uthmaniyyah untuk mengeluarkan piagam agar orang-orang Yahudi  boleh menjajah Palestin.

Wang yang ditawarkan itu dijangka boleh mengurangkan sekitar 20 peratus daripada beban hutang Emapayar Uthmaniyyah. Dilaporkan bahawa Herzel turut berkata bahawa “tanpa bantuan Zionis, ekonomi Turki tidak akan berpeluang untuk pulih.” Begitulah apa yang dibicarKan oleh Herzl kepada Sultan Empayar Uthmaniyyah pada ketika itu.

Bagaimanapun, dua orang kanan Herzl, Philip de Newlinski dan Arminius Vambery, tidak yakin akan Sultan Abdul Hamid II akan menjual kota suci ketiga bagi umat Islam walaupun dalam keadaan ekonomi Empayar itu tidak mementu pada dan ketika itu.

Maka betullah sangkaan mereka kerana Sultan Abdul Hamid II menolak tawaran itu dengan tegas pada tahun 1896, dengan mengatakan kepada Newlinski, “jika Tuan Herzl adalah teman anda dan seperti anda, maka nasihatkan dia untuk tidak meneruskan rancangannya.

Kata Sultan Abdul Hamid II: “Saya tidak akan menjual sebidang tanah pun, kerana tanah itu bukan milik saya melainkan bangsaku. Bangsaku yang telah memenangkan Empayar ini dengan memperjuangkannya dengan darah mereka dan telah mereka telah membajakan bumi itu dengan darah mereka. Kami akan terus melindunginya dengan darah kami dan tidak akan membiarkannya dilenyapkan dari kami .”

Tanah Palestin mula dijual kepada Yahudi setelah Sultan Abdul Hamid II digulingkan oleh Gerakan Turki Muda. Gerakan Turki Muda membenarkan tanah dijual kepada Yahudi kerana terhutang budi dengan golongan itu yang membantu mereka menggulingkan Sultan Abdul Hamid II.

No comments:

Post a Comment