Thursday, 2 April 2026

TURKI MUDA BENARKAN YAHUDI MENETAP DI PALESTIN

 
Turki Muda adalah gerakan politik nasionalis pada awal abad ke-20 ditubuhkan di dalam Empayar Uthmaniyyah pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid 11. Ia disertai oleh individu-individu yang pernah dibuang negeri, ahli-ahli intelektual, kakitangan kerajaan, para pelajar dan para pegawai tentera Uthmaniyyah.

Pergerakan ini bertujuan menggantikan sistem kerajaan mutlak beraja kepada suatu kerajaan berperlembagaan mengamalkan demokrasi berbilang parti.

Suatu pemberontakan dilancarkan golongan ini yang dikenali Revolusi Turki Muda bagi melawan kekuasaan mutlak sultan pada tahun 1908. Revolusi ini berjaya membuahkan hasil dengan penggulingan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II pada 27 April 1909.

Sultan Abdul Hamid II telah diusir ke Thessaloniki dan dipenjarakan di rumah seorang jurubank Yahudi bernama Allatini. Semua wilayah yang dimiliki oleh sultan telah dinasionalisasikan atau menjadi milik negara.

Turki muda membenarkan orang Yahudi menetap di Palestin. Tindakan itu adalah sebagai membalas budi orang Yahudi yang membantu mereka merampas kuasa.

Terdapat banyak orang Yahudi, Freemason dan Sabataist di dalam gerakan Turki Muda. Salah seorang daripada mereka, jurubank Yahudi dan freemason Emmanuel Carasso, adalah rakan Wazir Besar Talat Pasha dan ahli delegasi yang mengisytiharkan penggulingan dan kejatuhan Sultan Abdul Hamid II dari takhta.

Timbalan Thessaloniki Carasso adalah orang yang paling berkuasa pada zamannya dan juga penganjur penghijrahan Yahudi ke Palestin. Orang Turki Muda membalas jasa orang Yahudi dengan membantu Carasso melipatgandakan kekayaannya dan membenarkannya menjalankan pesaran gelap untuk makanan semasa Perang Besar.

Kumpulan itu membuat perjanjian dengan Menteri Luar Britain ketika itu Arthur Balfour pada tahun 1917. Dengan Deklarasi Balfour, Empayar British memberi lampu hijau untuk membina sebuah negara Yahudi di tanah Palestin.

Apabila tentera Uthmaniyyah di bawah pimpinan Mustafa Kemal dikalahkan di Syria, Palestin telah ditakluk oleh British pada tahun 1918. Adalah menjadi prinsip umum bahawa tentera penjajah tidak dibenarkan mengambil harta persendirian: Hanya tanah milik negara bertukar tangan.

Oleh itu, tanah milik Sultan Abdul Hamid yang dirampas oleh Turki Muda telah diambil alih oleh British. Selepas pendudukan British, penempatan Yahudi di Palestin meningkat.

Pada waktu tersebut orang Yahudi juga sudah boleh membeli tanah di Palestin. Orang Arab terpaksa menjual tanah mereka kerana ekonomi mereka di bawah tekanan dan memerlukan wang.

No comments:

Post a Comment