Dalam konteks politik, "tidak mahu duduk semeja" bermaksud
tidak mahu berkongsi kuasa, tidak mahu berbincang atau tidak mahu bersama dalam
urusan politik dan kuasa.
Jadi, kalau orang politik kata tidak mahu duduk semeja,
bukan bermakna tidak mahu duduk semeja untuk makan, berbual atau bersosial.
Kita pun tahu, pemimpin politik yang bertengkar di sidang
Parlimen, sedangkan di luar sidang elok sahaja bersahabat.
Jadi, kalau ada pemimpin kata tidak mahu duduk semeja dengan
mana-mana parti politik, kata-kata itu tidak boleh dianggap sebagai satu
perkauman.
Kata-kata itu juga bukan merujuk kepada semua keadaan atau
peringkat. Mungkin, tidak mahu duduk semeja itu hanya untuk negeri sahaja,
sedangkan di peringkat pusat lain hal pula.
Gambar sekadar hiasan

No comments:
Post a Comment