Munafik itu sangat pandai berkata-kata, sangat pandai
bermuka-muka, dan licik mempergunakan segala peluang yang ada untuk menonjolkan
dirinya.
Hakikatnya, dia tidak sangkakan yang ramai telah mengetahui
tentang hakikat diri kemunafikannya walaupun yang ramai itu berlagak naif.
Akhirnya sang munafik akan jatuh kerana kelicikan dirinya
sendiri. Sikap tidak jujur memakan diri sendiri.
Jadilah seperti buah manggis yang hitam di luar, putih di
dalam. Tidak menipu tentang bilangan ulas yang ada. Bilang tampok, itulah
jumlah isinya.

No comments:
Post a Comment