Rambutan gading berwarna kuning. Ia adalah varieti rambutan popular di Malaysia.
Isinya tebal, berwarna putih jernih, manis, pejal dan kurang berair. Salah satu
kelebihan rambutan gading ialah isinya mudah dipisahkan daripada biji,
menjadikannya lebih mudah dimakan.
Rambutan gading mempunyai kulit berwarna kuning cerah atau
kuning keemasan, berbeza dengan rambutan biasa yang berwarna merah apabila
masak. Warna hijau ketika masih muda.
Pokok yang dibiakkan secara cantuman boleh berbuah seawal 1
hingga 2 tahun. Memerlukan kawasan terbuka dengan cahaya matahari penuh. Tanah
yang gembur dan bersaliran baik (pH 5.5 - 6.5) adalah yang paling sesuai.
Bagi proses penanaman, perlu disediakan campuran tanah
dengan bahan organik seperti tinja ayam untuk memudahkan proses tumbesaran pada
peringkat awal. Siram pokok muda 2–3 kali seminggu, terutamanya pada musim panas.
Anak pokok rambutan gading boleh didapati di pelbagai tapak
semaian tempatan atau dibeli secara dalam talian.
Disebabkan warna yang menarik dan rasa yang manis, rambutan
gading sering mendapat permintaan tinggi dan mempunyai nilai komersial yang
baik, sesuai untuk jualan segar.


No comments:
Post a Comment