Tuesday, 13 October 2026

SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA 13 BRIGED

 
Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 13 Briged. Acara penuh tradisi ketenteraan itu berlansung di Padang Kawad Kem Kubota, Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Tawau.

Perbarisan pada 13 Oktober 2026 itu menyaksikan penyerahan tugas daripada Brigedier Jeneral Datuk Jagjit Singh Indar Singh kepada Brigedier Jeneral Ahmad Hafizal bin Hj Hashim sebagai Panglima 13 Briged yang baharu.

Perbarisan melibatkan seramai 420 anggota tentera yang terdiri daripada 15 pegawai dan 405 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang diketuai oleh Lt Kol Peter Dunggi.

Hadir sama menyaksikan perbarisan tersebut ialah Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shamshor bin Jaafar.

Jagjit akan bercuti dan akan menamatkan perkhidmatannya secara rasmi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 17 April 2027. Beliau menamatkan tugasnya selepas menabur bakti selama 42 tahun dalam ATM.

Manakala Hafizal sebelum ini adalah Ketua Pengarah Perancang Strategik, Cawangan Perancangan Strategik, Bahagian Perancangan Pertahanan, Markas ATM (MK ATM-BPP).

 Gambar - Jagjit (kiri) Hafizal (kanan)


Hafizal

No comments:

Post a Comment