Tuesday, 13 October 2026

BRIGEDIER JENERAL MOHD LUTPI TAUFIK

 
Brigedier Jeneral Mohd Lutpi Taufik bin Che Mat Min. Pegawai kanan tentera dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah Kor Perkhidmatan Am (KPA).

Beliau secara rasminya telah dinaikkan pangkat ke jawatan Brigedier Jeneral pada Julai 2026 dalam satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat.

Beliau kini menjawat Ketua Pengarah Kewangan, Markas Tentera Darat (MK TD) yang bertanggungjawab dalam aspek pengurusan, perancangan, dan pembangunan kewangan (G5) bagi menyokong operasi serta kesiapsiagaan.

Sebelum itu beliau memegang jawatan sebagai Kolonel Operasi di Jabatanarah Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT).

Pegawai yang berasal Kampung Banggol Judah, Machang, Kelantan ini pernah menuntut di dalam bidang perakaunan di Institut Teknologi MARA Cawangan Kelantan (kini UiTM) sebelum menyertai tentera melalui Skim Pegawai Graduan.

Beliau turut memiliki kelulusan iktisas lain yang melayakkan dinaikkan pangkat.

Beliau juga aktif dalam bidang pengurusan ketenteraan dan pernah melakukan kajian ilmiah berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam kursus penyeliaan perakaunan di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA).

No comments:

Post a Comment