Wednesday, 14 October 2026

HAFIZAL TERIMA TUGAS PANGLIMA 13 BRIGED

 
Hafizal terima tugas sebagai Panglima 13 Briged. Brigedier Jeneral Ahmad Hafizal bin Hashim secara rasmi menerima tugas sebagai Panglima 13 Briged yang baharu daripada Brigedier Jeneral Datuk Jagjit Singh Indar Singh.

Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima 13 Briged penuh tradisi ketenteraan itu berlansung di Padang Kawad Kem Kubota, Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Tawau pada 13 Oktober 2026.

Perbarisan melibatkan seramai 420 anggota tentera yang terdiri daripada 15 pegawai dan 405 anggota lain-lain pangkat (LLP) yang diketuai oleh Lt Kol Peter Dunggi.

Hadir sama menyaksikan perbarisan tersebut ialah Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shamshor bin Jaafar.

Hafizal merupakan Panglima 13 Briged keempat, selepas formasi tersebut ditubuhkan pada 2017. .

Hafizal sebelum ini adalah Ketua Pengarah Perancang Strategik, Cawangan Perancangan Strategik, Bahagian Perancangan Pertahanan, Markas ATM (MK ATM-BPP).

Beliau mengangkat sumpah taat setia sebagai pegawai tentera pada 1 Mei 1993, melalui Skim Pegawai Graduan, dan ditauliahkan pangkat leftenan dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Menjalani latihan orentasi di Batalion Kedua Puluh Lima Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) selama empat bulan dan kemudiannya mengikuti Kursus Pegawai Graduan Siri 11/1993 di Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi.

Pada perbarisan tamat latihan, beliau diiystiharkan sebagai Penuntut Keseluruhan Terbaik.

Gambar -  Hafizal (kanan) menerima tongkat kuasa daripada Jagjit (kiri) disaksikan Shamshor (tengah) pada majlis serah terima tugas

No comments:

Post a Comment