Setiap negara merdeka dan berdaulat mempunyai bendera. Bendera menjadi
lambang kemegahan setiap rakyat yang cintakan negara. Kita dapat mengenali
sesebuah negara berdasarkan benderanya.
Bendera Malaysia dikenali dengan nama Jalur Gemilang dalam satu majlis
pengiystiharan pada 30 Ogos 1997, pukul 11.58 malam di Dataran Merdeka, Kuala
Lumpur.
Sejarah Jalur Gemilang bermula apabila akhbar The Malay Mail menjalankan
pendapat umum terhadap tiga reka bentuk yang terpilih di peringkat akhir
pertandingan mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang dianjurkan
oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1949.
Persekutuan Tanah Melayu perlu memiliki bendera sendiri kerana negara dalam
proses mencapai kemerdekaan. Ketika itu bendera rasmi di negara kita adalah
Union Jack iaitu bendera negara British yang menjajah negara kita.
Pada 28 November 1949, majoriti rakyat memilih reka bentuk ketiga ciptaan
seorang pekerja Jabatan Kerja Raya, Johor bernama Mohamad Hamzah. Reka
bentuk itu telah dibuat beberapa pindaan dan telah mendapat pekenan Mesyuarat
Majlis Raja-rajya pada 23 Febuari 1950.
Selanjutnya, pada 19 Mei 1950, kerajaan British telah meluluskan reka
bentuk berdera itu, sama seperti Jalur Gemilang sekarang. Cuma bezanya pada
masa itu hanya terdapat 11 jalur merah putih.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan secara rasminya pada 26 Mei
1950 di pekarangan Istana Sultan Selangor yang dihadiri oleh semua raja-raja Melayu,
pembesar Melayu dan wakil kerajaan British.
Namun, Jalur Gemilang belum lagi dianggap bendera kepada sebuah negara
berdaulat pada ketika itu kerana Persekutuan Tanah Melayu masih dijajah oleh
Brisith. Jalur Gemilang menjadi saksi kedaulatan negara apabila kali pertama
dikibarkan di Dataran Merdeka pada jam 12.00 malam 31 Ogos 1957 dan serentak
dengan itu bendera Union Jack diturunkan sebagai tanda tamatnya pemerintahan
British di negara kita.
Itulah sejarah bermulanya Jalur Gemilang yang menjadi lambang kemegahan
negara.
Bendera tidak sekadar sehelai kain yang diwarnakan, tetapi menjadi lambang
yang menunjukkan kedaulatana sesebuah negeri atau negara.
Pujangga berkata:
"bendera adalah suatu perkara mudah iaitu tidak lebih daripada secebis kain
berwarna. Namun, kerananya manusia sanggup bermati-matian."
Bendera dikaitkan dengan semangat dan kecintaan terhadap negara. Sebab itu,
bendera atau panji-panji dibawa dalam peperangan pada zaman dahulu. Bendera
dibawa oleh tentera paling gagah dan berada di bahagian depan pertempuran.
Jika sekiranya pembawa bendera maut atau tidak lagi mampu menjalankan
tanggungjawab itu, maka cepat-cepat akan diambil oleh tentera lain. Ketiadaan
bendera boleh dianggap bahawa pasukan itu telah kalah.
Tentulah sedih jika melihat Jalur
Gemilang tidak dihormati. Contohnya apabila bendera dikibarkan dalam keadaan
lusuh warnanya, malah ada yang telah koyak dan sukar dipanggil
bendera.
Jalur Gemilang dibiarkan di kedudukannya sepanjang masa tanpa diturunkan, termasuk waktu malam, hujan dan panas. Sebab itu keadaan menjadi lusuh dan koyak.
Sepatutnya, bendera dinaikkan pada waktu pagi dan diturunkan pada waktu malam.
Jalur Gemilang dibiarkan di kedudukannya sepanjang masa tanpa diturunkan, termasuk waktu malam, hujan dan panas. Sebab itu keadaan menjadi lusuh dan koyak.
Sepatutnya, bendera dinaikkan pada waktu pagi dan diturunkan pada waktu malam.
Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 yang dikeluarkan oleh Kerajaan
Persekutuan menetapkan supaya bendera dikibarkan dan diturunkan di
bangunan-bangunan kerajaan mengikut waktu pejabat biasa dan di sekolah-sekolah
mengikut waktu kelas pertama dan menurunkan selepas kelas terakhir tamat.
Manakala dalam tradisi tentera di negara kita, Jalur Gemilang dikibarkan
mulai pukul 7.00 pagi dan diturunkan pada pukul 7.00 malam.
Bendera merupakan lambang kepimpinan,
simbol penghormatan dan maruah bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai
bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga, hormat dan rasa
kecintaan terhadap tanah air.
No comments:
Post a Comment