Kita biasanya akan menonjolkan yang besar. Yang
besar dianggap satu kejayaan dan kebanggaan.
Namun, sebenarnya kita lupa, di antara yang besar
itu, sebenarnya sudah banyak diperoleh. Jika dikira berat atau kebaikan yang diperoleh
melalui yang kecil itu sebenarnya lebih banyak.
Inilah dikatakan kita selalu menghargai yang besar
dan hebat, sedangkan ia hanya datang sekali sekala. Kehidupan kita sebenarnya ditemani
dengan yang biasa-biasa sahaja.
Kita mendapat kebaikan dan meneruskan kehidupan
dengan yang biasa-biasa sahaja. Itulah yang banyak berjasa dan memberi erti kehidupan
sebenar kepada kita.
Manusia mudah lupa kepada yang biasa-biasa. Sekali
datang yang luar biasa, maka itulah yang disanjung dan diketengahkan.
Sepatutnya, yang besar tidak perlu ditonjolkan
kerana memang ia sudah tertonjol. Kalaupun ia diletakkan agar tersembunyi, ia masih
dapat dilihat dengan jelas.
Jika yang besar itu ditonjolkan, yang kecil akan
terlindung. Tiada siapa dapat melihatnya. Sedangkan yang kecil itulah yang memenuhi
dan memberi makna kepada kehidupan ini.
Fikir dan renung-renungkan.
No comments:
Post a Comment