Selepas New Zealand mengalahkan Australia dalam
Kejohanan Ragbi Dunia 2015, seorang budak telah berlari masuk ke padang untuk
mengambil gambar bersama pasukan New Zealand.
Budak itu telah dihalang dan dijatuhkan oleh pihak keselamatan di depan salah seorang pemain New Zealand, Sony Bells William. Sony Bells William adalah salah seorang pemain ragbi terhebat di dunia dan dia telah memeluk agama Islam pada tahun 2008.

Sony Bells telah memeluk budak itu dan
menghalang pihak keselamatan dari menangkap budak tersebut. Budak itu dengan
gembira telah mengambil gambar bersama Sony Bells dan kemudian dibawa kapada
ibu-bapanya.
Orang ramai kemudian terperanjat apabila Sony
Bells memakaikan pingat emas yang baru dimenanginya ke leher budak tersebut
itu. Sony Bells kemudian berkata, "pingat ini lebih sesuai dipakai di leher
anda dari saya. Saya hendak peristiwa ini sentiasa di dalam ingatan anda".
Sony Bells sebagai seorang Islam telah
berkata pendapatan kewangan beliau tidak seberapa kerana kebanyakannya
diberikan untuk kebajikan, terutamanya kepada rumah-rumah anak yatim.
Keesokan harinya ramai rakyat New Zealand berpusu-pusu ke Pusat Islam yang dibina oleh Sony Bells untuk membeli buku-buku berkenaan Islam, untuk memahami lebih mendalam tentang kebenaran agama Islam.
Keesokan harinya ramai rakyat New Zealand berpusu-pusu ke Pusat Islam yang dibina oleh Sony Bells untuk membeli buku-buku berkenaan Islam, untuk memahami lebih mendalam tentang kebenaran agama Islam.
Seseorang mampu mengubah mereka ke arah
akhlak yang positif. Tetapi ada juga individu Islam yang melakukan perkara yang
negatif sehingga Islam dibenci.
Jadilah muslim yang boleh memberi contoh
kepada orang bukan Islam bahawa Islam itu agama yang mengajar akhlak mulia
kepada penganutnya dan Islam membawa rahmat kepada seluruh alam.
No comments:
Post a Comment