Pada
saat anak-anak buahnya berjuang bermati-matian di dalam belantara, sebenarnya
Chin Peng telah pun meninggalkan ‘perjuangan hutan’ sejak berpuluh tahun
lamanya.
Pada
pertengahan tahun 1961, Chin Peng telah melarikan diri dari Tanah Melayu untuk
ke China.
Dia
bertolak dari sempadan Thai-Malaysia dengan menaiki kereta menuju ke Bangkok.
Di Bangkok dia tinggal selama dua malam sebelum meneruskan perjalanan ke utara
Thailand hingga sampai ke Mekong. Perjalanan tersebut adalah secara rahsia.
Dari
Sungai Mekong, dia menaiki perahu menyeberangi sungai hingga ke Laos. Semasa di
Laos itu, kerajaan Vietnam sudah diberitahu tentang kedatangan Chin Peng
itu.
itu.
Kerajaan
Vietnam, kemudian menghantar sebuah helikopter untuk mengambil Chin Peng. Dari
Laos ke Vietnam, Chin Peng menaiki helikopter. Di Hanoi dia tinggal selama satu
minggu.
Kemudian
kerajaan China telah menghantar sebuah kapal terbang khas untuk mengambilnya
dari Hanoi. Pada hari ketibaannya itu, seorang telah menunggunya di Lapangan
Terbang Peking.
Rupa-rupanya
ketika di negara tembok besar itu, Parti Komunis China sudah menyediakan sebuah
banglo mewah di Kompleks International Liasion Department (ILD) sebagai tempat
kediamannya.
Banglo
itu dua tingkat. Tingkat atas terdapat empat bilik, tingkat bawah dua bilik,
termasuk dua bilik makan yang luas.
Di
banglo tersebut, Chin Peng diberikan dua orang setiausaha. Seorang setiausaha
peribadi dan seorang lagi setiausaha penerbitan yang mengendalikan urusan
penerbitan seperti dokumen-dokumen dan risalah-risalah.
Pihak
China juga memberi seorang tukang masak, pelayan, pemandu, pengawal peribadi
(bodyguard) dan sebuah kereta yang dipanggil Red Flag.
Bermula
dari saat itu, segala aktiviti yang rnelibatkan PKM berpusat di rumah itu.
Segala mesyuarat Jawatankuasa Pusat diadakan di situ.
Segala
pemilihan delegasi untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat atau
persidangan-persidangan komunis antarabangsa pun bermula dari rumah itulah.
Cara
mereka membuat hubungan ada tiga macam, iaitu pertama melalui pengiriman: surat
secara terbuka.
Di
Peking, terdapat satu alamat di mana ejen-ejen ini boleh mengirimkan suratnya.
Alamat tersebut tidak diketahui oleh sesiapa kecuali orang-orang tertentu.
Pengiriman tersebut cuma menggunakan nombor kod sahaja. Bila surat tersebut
sampai, ia dibaca melalui kod-kodnya.
Cara
kedua ialah surat rahsia yang dibawa sendiri oleh orang berkenaan atau
wakil-wakilnya.
Manakala
cara ketiga ialah orang itu sendiri yang datang, sama ada dari Singapura,
Indonesia atau London. Mereka datang jumpa Chin Peng dan bercakap sendiri
masalah mereka.
Setiap
laporan yang disampaikan kepada Chin Peng itu diteliti, dan Chin Peng nanti
akan mengeluarkan arahan secara kasar, tentang tindakan yang patut dibuat atau
diambil oleh anak-anak buahnya di tempat masing-masing.
Pendek
kata, di saat anak-anak buahnya setengah mati berjuang di hutan, Chin Peng pula
hanya ‘bermain catur’ dari banglo mewahnya di China!
Selepas
perjanjian damai ditandatangani, Chin Peng menetap pula di Thailand sehinggalah
pada hari kematiannya.
Kesemua
rahsia ini didedahkan oleh Musa Ahmad, bekas pengerusi PKM dalam buku bertajuk
Baling Membuka Jalan Damai yang ditulis oleh Wahba pada tahun 1994.
No comments:
Post a Comment