Definisi Merry Christmas
menurut English Oxford Living Dictionaries adalah “cheerful and
lively” (ceria dan meriah). Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - myrige
- iaitu “pleasing, delightful” (menyenangkan, menggembirakan).
Christmas
pula bermaksud “The annual Christian festival celebrating Christ's birth,
held on 25 December in the Western Church” (Festival tahunan penganut
Kristian bagi menyambut kelahiran Christ, diadakan pada 25 Disember
di Gereja Roman Katolik).
Ia
berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - Crīstes yang merujuk kepada
Jesus Chris dan mæsse iaitu sambutan jamuan suci (eucharist) bagi
penganut Kristian khususnya gereja Roman Katolik.
Mass juga
merujuk kepada upacara mingguan pada hari Ahad di gereja-gerja Katolik, begitu
juga upacara pada Holy Days of Obligation. Ia berasal daripada Bahasa
Latin; missa. Ia diguna pakai pada penghujung liturgy apabila
paderi berkata: Ite missa est ataupun boleh difahami dengan
maksud “Upacara ini telah tamat. Bersurailah dalam keamanan (The Mass
is ended. Go in peace).”
Oleh
itu, Crīstesmæsse dapat difahami sebagai Christ's Mass iaitu sambutan
kelahiran Jesus Christ, walaupun terdapat beberapa perbezaan pandangan tentang
tarikh kelahiran Jesus Christ.
Sambutan
ini ditonjolkan dengan menzahirkan kegembiraan dan majlis keraian bagi
kelahiran Jesus bagi menggantikan tradisi Roman Saturnalia dan
perayaan-perayaan pagan yang lain sebelumnya.
Sambutan
ini mula berubah bentuk di England pada abad ke-19 melalui kemasukan budaya
German (pokok Krismas) oleh Prince Consort dan pengaruh Charles Dickens
menerusi novella beliau yang terkenal, A Christmas Carol.
Para
ulama berbeza pandangan dalam menyatakan hukum mengucapkan tahniah bagi
perayaan bukan Muslim kerana sebahagian ulama yang mengharamkannya melihat
ucapan “tahniah” ini membawa konotasi mengiktiraf agama lain, dan
menyebarkan syiar mereka.
Manakala,
bagi ulama yang membenarkannya pula melihat ia adalah harapan bagi
keselamatan dan keamanan, atau simbol hubungan sosial dengan bukan Islam
untuk tujuan perpaduan, tanpa berniat untuk mengiktiraf kebenaran agama
lain.

No comments:
Post a Comment