Sunday, 11 October 2020

CARA TAKUTKAN BINATANG GANGGU TANAMAN DI KEBUN

Sudah menjadi kebiasaan petani atau pekebun akan mengalami masalah dengan haiwan perosak dan haiwan liar yang merosakkan hasil tenaman mereka bila-bila masa sahaja terutamanya apabila kebun berhampiran dengan hutan.

Masalah seperti ini bagai sudah menjadi asam garam dalam mengusahakan tanaman terutamanya seperti babi hutan atau monyet yang sentiasa menyerang tanaman yang telah diusahakan.

Pelbagai petua orang dulu-dulu yang kita boleh praktikkan bagi mengelakkan perkara ini terjadi berulang kali.

Antara petua untuk menghalang tupai dan monyet merosakkan hasil buah-buahan ialah dengan menggatungkan atau meletak orang-orang.

Orang-orang atau orang-orangan adalah suatu bentuk yang mirip dengan manusia dan dipakaikan dengan baju serta seluar dan perhiasan di kepala.

Binatang yang melihat orang-orang akan takut untuk mendekati kawasan tersebut kerana menyangka ia adalah manusia.

Selain itu, bau manusia pada baju itu juga menakutkan binatang mendekatinya. Sebab itu, baju yang digunakan itu perlu dipakai oleh manusia untuk beberapa ketika, lebih elok sehingga keluar peluh dan bau badan, sebelum ia dipakaikan kepada orang-orang.

No comments:

Post a Comment