Angka
kes pandemik Covid 19 tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan berterusan. Sekejp
turun lepas tu naik balik. Umpama ‘roller coaster’ yang sentiasa berubah ketinggian
dan cabaran.
Pihak
KKM masih berusaha untuk melandaikan angka kes. Bukan mudah jika tiada
kerjasama dari semua pihak terutamanya rakyat Malaysia.
Rakyat
sentiasa salahkan kerajaan gagal kawal Covid-19. Namun, pernahkah kita berfikir
bahawa kes merebak kerana rakyat tidak mengambil langkah pencegahan.
Biarpun,
banyak kluster kilang atau tempat kerja, namun kluster sosial turut tidak
kurang banyaknya.
Banyak
yang masih degil melakukan itu dan ini. Bergerak ke sana dan ke sini. Tidak melakukan
penjarakan fizikal dan sebagainya. Kalau rakyat ingin wabak ini terhenti, amat
penting patuh SOP ditetapkan.
Kita
memaksa sempadan negeri dan daerah dibuka, kita mahu menjalani rutin harian
seperti dahulu, namun jika kita tidak mahu memberikan kerjasama, bagaimana
ianya akan tercapai.
Seluruh
rakyat Malaysia perlu berganding bahu dan mendengar seruan pihak KKM. Patuhi
SOP dan ‘stay at home’.
Jika
tiada keperluan yang penting, kekal berada di rumah. Setiap rakyat Malaysia
perlu bertanggungjawab pada diri mereka sendiri.
Menziarahi
ibu bapa adalah tanggungjawab seorang anak. Tetapi mengapa perlu merisikokan
ibu bapa dengan penyakit berbahaya itu. Sekarang bukan masanya lagi.
Kita
perlu tahu, ada pesakit Covid yang tiada simptom. Tetapi apabila menjangkiti
warga tua atau kanak-kanak, golongan inilah yang paling terkesan.
Jika
kesemua rakyat Malaysia berganding bahu mematuhi SOP dan arahan KKM pasti kita
berjaya mengekang wabak ini.
Tidak
perlu pegang jarum suntikan, menyarung PPE dan bersengkang mata untuk membantu
pihak KKM. Hanya sekadar ‘stay at home’ dan patuhi SOP.
No comments:
Post a Comment