Bunga
cempaka putih memang cantik, tidak hanya pada bunganya tetapi nama, serta
khasiat. Dengan kecantikan itu ia mampu menarik perhatian sebahagian besar
daripada kita untuk dijadikan hiasan atau pohon teduhan di halaman rumah.
Bahkan
ia juga menarik perhatian masyarakat kita menjadikannya sebagai nama panggilan
dan juga menggunakannya sebagai kata-kata dalam rangkap pantun, syair, sajak
atau gurindam.
Tetapi
dalam kecantikan tersebut, bunga cempaka ternyata turut mempunyai keistimewaan
sebagai perubatan herba.
Cempaka
putih atau Michelia alba adalah sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh
di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter.
Cempaka
(atau nama genusnya Michelia) memiliki 3 spesis dengan warna bunga yang berbeza
iaitu warna putih (michelia alba), warna kuning dan warna merah (michelia
champaca). Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin.
Buahnya
yang boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedap, mempunyai bentuk seperti
jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit.
Kayunya
boleh dijadikan perabot dan peralatan rumah. Akan tetapi hasil perabot dari
kayu ini jarang didapati kerana kuantiti pokok cempaka besar yang terlalu
kurang.
Sekarang,
kaedah kahwin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam
pasu dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah satu meter.
Bunganya
yang berbau wangi mempunyai kandungan minyak volatile yang terdiri daripada
cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol dan
methulaethulazijnzuur.
Kayu
cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka
didapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.
Namun,
keistimewaan pokok cempaka ni sebenarnya bukan tertumpu pada bunganya saja.
Malah, daun serta akarnya turut memiliki khasiat dari sudut aspek kesihatan
jika mengetahuinya.
Tidak
dinafikan, cempaka putih mempunyai keistimewaan dari sudut penjagaan
kesihatan diri seperti untuk merawat pitam, bisul dan bronchitis atau radang
tengkok.
Untuk
merawat pitam, iaitu dengan cara mengambil beberapa kuntum bunga untuk direbus.
Untuk
merawat bronchitis sama juga caranya dalam merawat pitam. Cuma ia ditambah
dengan madu sebelum diminum.
Untuk penyakit bisul pula, cara menggunakannya adalah mudah dengan mengambil
beberapa helai daunnya yang segar dan ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu
tepekkan ia di tempat yang kena bisul.
No comments:
Post a Comment