Wednesday, 30 March 2022

SUMBANGAN PERSIAPAN MENYAMBUT RAMADAN

 
Seramai 45 orang pekerja pelbagai kategori bawah swasta di Kolej Vokasional Pasir Mas disantuni sempena menyambut ketibaan Ramadan.

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan dan Thirdforce Kota Bharu hadir bersama untuk menyerahkan sumbangan barang makanan kering kepada pekerja berkenaan.

Sumbangan tersebut diharapkan sedikit sebanyak menceriakan penerima dalam menyambut Ramadan yang mulia ini.

Bersama membantu biarpun sedikit, kerana sedikit itu mungkin amat besar maknanya kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih semua penyumbang yang memungkinkan sumbangan ini diagihkan. Tanpa sumbangan orang ramai, ia tidak mungkin terjadi. Tidak lupa kepada NGO iKasih Kelantan yang sentiasa membantu menjayakan program.

Sempena Ramadan ini Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk memberi peluang lebih banyak asnaf dapat dibantu.  

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton di talian 011-1941-3639 

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment