Di
Kelantan terdapat banyak tempat atau kampung yang dinamakan ‘banggol’.
Perkataan ‘banggol’ adalah merujuk kepada tempat yang lebih tinggi sedikit
berbanding kawasan sekelilingnya.
Antara
tempat yang dmulai dengan perkataan ‘banggol’ ialah Kampung Banggol Stol di
Pasir Mas, Kampung Banggol Petai (Machang), Kampung Banggol Kemian (Pasir Mas)
dan Kampung Banggol Jering di Tanah Merah.
Sebenar
banyak lagi nama kampung yang dimulai dengan nama ‘banggol’. Nama di atas hanya
sebagai contoh.
Ada
juga nama kampung ‘banggol’ tanpa tambahan perkataan lain iaitu Kampung
Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan.
Kampung
Banggol memang kedudukanya lebih tinggi berbanding dengan beberapa kampung
berhampirannya seperti Kampung Redang, Kampung Tikat dan Kampung Kijang.
Jadi,
tepatlah istilah ‘banggol’ adalah tempat yang lebih tinggi berbanding kawasan
sekitarnya.
No comments:
Post a Comment