Tuesday 12 April 2022

BELI SERONDENG RESIPI KELANTAN SECARA DALAM TALIAN

 
Kelantan antara negeri pengeluar serondeng utama di negara kita. Serondeng resipi Kelantan menjadi pilihan ramai, terutama di kalangan perantau asal Kelantan yang tinggal di luar Kelantan. Mereka masih setia dengan cita rasa resipi Kelantan. 

Biarpun tinggal di mana sekalipun, serondeng resipi Kelantan tidak ada masalah untuk membelinya kerana ia turut dijual secara dalam talian. 

Serondeng (biasa dieja ‘serunding’) merupakan sejenis masakan daripada siatan daging, ayam, ikan dan sebagainya yang dimasak bersama santan dan rempah-rempah sehingga kering agar tahan lama.

Serondeng dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul garing atau kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama.

Serondeng atau dalam dialek Kelantan dipanggil 'sambal' yang dimasak kering boleh disimpan lama hingga satu tahun.

Selain dimakan bersama nasi sebagai 'perisa', serondeng juga dijadikan inti untuk beberapa jenis kuih, terutamanya ketupat bucu atau ketupat palas. Selain itu ia juga dicampurkan ke dalam bubur, oak dan makanan dalam bentuk cair atau lembik. 

Setiap pengusaha serondeng memang ada resipi masing-masing. Namun, tidak banyak beza antara satu sama lain. 

Selain, menggunakan ramuan berbeza, satu lagi ciri perbezaan serondeng ialah sama ada ia dalam keadaan garing, kering atau lembab. 

Serondeng garing adalah kering sepenuhnya. Teksturnya seakan-akan hancur. Boleh disimpan lebih lama.

Serondeng kering tidaklah kering sepenuhnya. Masih ada kelembapan dan teksturnya agak lembut. Boleh disimpan melebihi setahun. 

Manakala serondeng lembab dalam keadaan berminyak. Teksturnya agak lembut. Boleh disimpan sehingga 10 bulan. 

Ketiga-tiga jenis ada peminat mengikut cita rasa masing-masing. Sesuai untuk dimakan dengan nasi, dijadikan inti kuih mahupun dicampur dalam makanan jenis bubur.

Dapatkan serondeng secara dalam talian. 
Cepat, mudah, murah. 
Klik pautan di bawah.

No comments:

Post a Comment