Thursday, 16 June 2022

TELUR DADAR BUNGA TONGKENG

 
Telur dadar adalah telur yang dipukul atau dikacau dan digoreng nipis. Telur dadar juga dicampur dengan beberapa ramuan seperti cili, sayur dan sebagainya.

Salah satu campuran telur dadar yang digunakan ialah bunga dan pucuk tongkeng. Bunganya kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin A. Selain itu aroma baunya amat memikat.

Selain didicampur dengan telur dadar, bunga dan pucuk tongkeng juga boleh digoreng atau dijadikan sup.

Bunga tongkeng dipercayai berasal dari China. Merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang mempunyai bunga yang harum. Batangnya yang berkayu boleh memanjat sokongan boleh memanjang sehingga 6 meter.

Daunnya berbentuk hati mempunyai tangkai daun yang panjang. Bunganya mengeluarkan bau harum yang menyerupai bau harum oren. Bunganya yang berwarna kuning keemasan tersusun dalam jambak bunga sepanjang batangnya.

No comments:

Post a Comment