Tuesday, 9 May 2023

BUKIT DARA TARIKAN DI DABONG

 
Dabong semakin terkenal sebagai detinasi tumpuan pelancong, bukan sahaja dari Kelantan, bahkan luar Kelantan, termasuk luar negara. Keindahan alam semula jadi menjadi tarikan utama di Dabong.
 
Kemegahan Gunung Stong dengan air terjun menjunang dari paras tinggi sudah lama menjadi daya tarikan pengunjung.
 
Keindahan semula jadi dibangunkan oleh pihak berkuasa tempatan, pihak swasta dan individu perseorangan menjadikan ia produk ekopelancongan yang berdaya maju. Pihak berkenaan meneroka aset berharga yang boleh membantu aktiviti ekonomi masyarakat setempat.
 
Salah satu tempat baharu diperkenalkan ialah Bukit Dara. Belum banyak maklumat dikumpul mengenai Bukit Dara, tetapi berdasarkan kepada apa yang dikongsikan di media sosial, Bukit Dara dianggap lokasi baharu wajib kunjug terutama kepada mereka yang minat hiking (kembara berjalan kaki) untuk menguji kekuatan fizikal dan mental, sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
 
Kepada yang berminat, boleh sahaja mencari butiran maklumat dan pihak yang boleh dihubungi melalui carian di media sosial atau laman web.
 
Bukit Dara permata tarikan baharu di Dabong.
 
Gambar dari media sosial.

No comments:

Post a Comment