Stesen kereta api Gua Musang menjadi stesen utama di Kelantan
Selatan. Ia menjadi nadi utama untuk pengunjung ke Gua Musang. Sebelum tahun
1983, satu-satunya cara penduduk di Kelantan Utara untuk ke Gua Musang adalah
menggunakan kereta api.
Stesen kereta api Gua Musang asalnya terletak di bandar
lama Gua Musang, sebelum dipindahkan di lokasi sekarang. Jarak antara stesen
lama dengan stesan sekarang hanya kira-kira satu kilometer.
Pemindahan stesen itu antara lain untuk mendapatkan kawasan
lebih luas dan selesa kepada pengguna. Kedudukannya juga di berhampiran laluan utama Gua Musang - Kuala Krai. Jadi ia mudah untuk dikunjungi. Ia menjadi mercu tanda bandar Gua Musang.
Stesen ini menyediakan perkhidmatan
persinggahan antara bandar yang melibatkan tren dari Johor Baharu dan Kuala
Lumpur. Ia juga menjadi stesen terakhir bagi tren tempatan dari Tumpat, sebelum
berpatah balik.
Stesen kereta api Gua Musang ini terletak di sebelah bukit
batu kapur yang lokasi tersebut kini dikenali Muse Ecopark. Muse Ecopark kini menjadi lokasi pendakian tebing yang
semakin popular, selain menjadi pusat sehenti pelbagai aktiviti lain seperti taman tema mini, restoran, Masjid Buluh dan grai makan.
Jadi, sesiapa yang ingin berkunjung ke Muse Ekopark dengan menaiki kereta api boleh berjalan kaki setelah sampai di stesen.
No comments:
Post a Comment