Monday, 16 October 2023

PANDUAN BERHENTI DI LAMPU ISYARAT

 
Kebanyakan lampu isyarat di simpang empat mahupun simpang tiga, kini berfungsi secara automatik untuk menentukan masa pertukaran warna lampu.
 
Selain giliran yang telah ditetapkan, ada satu lagi kaedah giliran ialah apabila ada kenderaan di arah tersebut. Keberadaan kenderaan pada satu-satu arah dikesan apabila kenderaan melalui “pengesan” yang berada di atas jalan.
 
Pengesan itu dipasang berhampiran dengan garis putih di hadapan. Jadi, untuk memastikan kehadiran kenderaan dikesan, kereta pertama selepas lampu merah dari arah tersebut perlu berhenti berhampiran dengan garis putih atau tayar melepasi pengesan tersebut.  
 
Jika kenderaan berhenti jauh dari garisan putih dan tayar tidak pijak pengesan atau suis itu, maka arah tersebut dianggap tidak ada kenderaan. Akibatnya, lampu dari arah tersebut tidak akan bertukar menjadi hijau.

Kredit pemilik asal gambar

No comments:

Post a Comment