Santan menjadi keperluan utama dalam
penyediaan masakan Melayu. Malah masakan yang bersantan turut diminati bangsa
lain dan telah dianggap sebagai masakan Satu Malaysia seperti kari, gulai masak
lemak cili padi, aneka kuih, bubur dan manisan antara sajian popular yang
digemari dan menduduki carta teratas dalam senarai menu kegemaran rakyat
Malaysia.
Santan segar diperoleh daripada perahan
kelapa tua yang dikukur, parut atau dimesin. Pada masa dahulu, untuk
mendapatkan santan tidak sukar kerana boleh dikatakan penduduk kampung memiliki
pokok kelapa sendiri atau membeli kelapa kemudian dikukur sendiri.
Namun, sekarang ini untuk mendapatkan
santan segar hanya melalui kedai menjual santan. Kedai ini biasanya beroperasi
pada waktu pagi dan tengah hari sahaja. Masa-masa lain ia tidak beroperasi.
Jadi, kenalah dibeli pagi dan disimpan di
dalam peti sejuk untuk kegunaan pada waktu lain. Masalahnya, ada kalanya santan
menjadi basi atau tidak elok untuk digunakan apabila disimpan lama.
Untuk untuk, penggunaan santan segera
adalah langkah bijak. Mudah dibeli dan disimpan uuntuk tempoh yang lebih lama.
Salah satu jenama santan segera ialah Saji
Santan Kelapa keluaran FGV. Menggunakan santan segera adalah lebih mudah,
sedap dan menjimatkan masa. Malah Saji Santan Kelapa
juga mempunyai keunikan aroma wangi santan dan rasa segar
seperti baru diperah.
Seleksi Saji Santan Kelapa juga lebih
terjamin dari segi kebersihan berbanding santan yang diperah secara
manual. Ia dihasilkan menerusi proses Ultra High Temperature (UHT) sekaligus
menjadikan Saji Santan Kelapa lebih selamat digunakan dalam masakan
harian.
Saji Santan Kelapa diperbuat daripada
santan baru diperah dari kelapa yang dipilih khas untuk memberikan rasa yang
terbaik. Tekstur santannya halus serta beraroma menjadikan masakan anda jadi
lebih sempurna.
Saji Santan Kelapa sesuai digunakan
dalam semua jenis masakan seperti lauk pauk, manisan, kuih muih, minuman,
dan bermacam-macam lagi. Segar seperti baru diperah
Makanan bebas kolesterol dan tanpa bahan pengawet
Terdapat tiga pilihan Saji Santan Kelapa
yang menjadi pilihan para suri rumah di Malaysia iaitu Saji Santan Kelapa, Saji
Krim Kelapa dan Saji Santan Kelapa “Light”.
Saji Krim Kelapa, memberikan rasa
paling berlemak antara semua varian. Teksturnya lebih pekat, lebih berkrim. Ia
juga mempunyai rasa dan aroma santan yang lebih kuat.
Bagi Saji Santan Kelapa menampilkan segar
seperti baharu diperah dan sesuai untuk semua jenis masakan.
Bagi anda yang sukakan santan yang kurang
lemak, pilihlah SAJI Santan Kelapa “Light” ini. Kandungan lemaknya
hanya 12% sahaja. Memang lebih sihat. Walaupun lemaknya lebih rendah,
rasa, aroma, serta kesegarannya tetap terbaik.
Makanan bebas kolesterol dan tanpa bahan pengawet
No comments:
Post a Comment