Friday, 20 September 2024

TIOK JAGUNG DIJADIKAN ULAM

 
Tiok jagung dijadikan ulam dan ssyur. Nama tiok jagung adalah dalam dialek Kelantan. Tiok jagung atau ketiak jagung merupakan tongkol jagung yang masih kecil. Ada juga yang memangginya sonak jagung. Dalam bahasa Inggeris dipanggil “baby corn”. 

Dalam sepokok jagung ada tiga atau empat tiok jagung. Bagaimanpun, biasanya hanya satu atau dua tongkol sahaja yang membesar dan menghasilkan tongkol yang besar dan biji jangan yang penuh.  Itupun bergantung proses pendebungan dan pembajaan yang baik.

Untuk menggalakkan tumbesaran tongkol jagung dan biji yang berkualiti, tiok jagung yang ditinggalkan terus membesar hanya satu atau dua sahaja. Tiok jagung selebihnya perlu dbuang.

Tiok jagung yang dibuang boleh dimanfaatkan sebagai sayur. Keadaan tiok jagung yang masih muda dalam keadaan lebut. Jadi ia boleh dimanfaatkan sebagai sayur.

Tiok jagung yang dibuangkan kulit luar boleh dibuat pelbagai menu masakan seperti digulai lemak, digoreng ataupun dicelur untuk dijadikan ulam.

Kredit pemilik gambar

 




No comments:

Post a Comment