Pokok jagung adalah jenis monoecious; iaitu
ia mempunyai struktur reproduktif jantan betina pada pokok yang sama. Namun,
kedudukan bunga jantan dan bunga betina adalah pada kedudukan yang berbeza.
Bunga jantan; atau lebih dikenali sebagai
jumbai (tassel) terletak di hujung pokok dan ianya mempunyai spikelet yang
banyak. Pada setiap spikelet akan terdapat dua kuntum bunga kecil yang dikenali
sebagai floret. Setiap floret mengandungi stamen, yang terdapat biji-biji
debunga.
Bunga betina atau dipanggil ear, terletak
dibahagian tengah pokok jagung. Ia adalah bahagian tongkol jagung. Pada tongkol
jagung, terdapat deretan floret. Pada setiap floret mengandungi ovul yang akan
disenyawakan membentuk biji jagung (kernel).
Setiap ovul pada ear akan disambungkan
dengan rerambut yang dikenali sebagai silk. Silk ini berfungsi sebagai stigma
dan style pada pembiakan bunga betina jagung. Ia akan menjadi laluan untuk ke
ovul.
Pada silk akan terdapat rerambut halus yang
melekit yang dikenali sebagai trichomes. Trichomes ini akan menyebabkan biji
debunga akan melekat dengan mudah pada silk.
Pertumbuhan silk bermula sebaik sahaja
bijian debunga pada tassel dibebaskan. Silk ini akan terus memanjang keluar
dari setiap ovari pada ear. Tumbesaran silk ini berlaku pada bahagian ovari bawah
dahulu dan akan diikuti hingga ke hujung tongkol jagung. Pemanjangan silk akan
terhenti sebaik sahaja biji debunga jatuh dan bercambah pada silk.
Ini bermakna, silk akan terus memanjang
selagi belum berlaku pendebungaan! Namun, pemanjangan silk turut akan terhenti
secara semula jadi apabila silk mengering. Keadaan silk yang panjang merupakan
salah satu tanda yang mudah untuk dilihat yang menunjukkan ovul tersebut tidak
berjaya disenyawakan.
Sebaik sahaja ke semua bahagian tassel
telah terbit dan matang, bijian debunga akan dibebaskan. Proses pembebasan
bijian debunga berlaku 5 ke 8 hari bergantung pada cuaca.
Bijian debunga hanya akan dibebaskan
apabila tassel benar-benar kering. Pada keadaan cuaca yang terlalu basah atau
kering, anther pada stamen tidak akan dibuka bagi pembebasan debunga.
Bijian debunga sangat ringan dan amat mudah
diterbangkan angin. Debunga ini akan jatuh dan melekat atas silk yang
diselaputi trichomes yang berbulu halus dan meleket.
Debunga akan mula bercambah beberapa minit
selepas ia melekat pada trichomes pada silk. Tiub debunga yang baru bercambah
akan terus menembusi dan melalui saluran dalam silk menuju ke ovul.Ovul akan
disenyawakan dalam tempoh 12 ke 24 jam.
.
Ovul yang berjaya disenyawakan akan membentuk biji benih jagung. Ketika ini silk akan mula tertanggal dari permukaan ovari.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi
pembentukan biji pada tongkol jagung:
Kegagalan pendebungaan.
Cuaca yang terlampau panas akan menyebabkan bijian debunga mudah kering dan mati. Keadaan juga berkemungkinan berlaku akibat silk tidak terbentuk dengan sempurna.
Keadaan persekitaran terutama tanah yang
kering memberi impak untuk melambatkan pengeluaran silk.
Kegagalan percambahan biji debunga.
Keadaan dimana, pendebungaan berlaku iaitu biji debunga telah melekat pada silk. Namun, debunga tersebut tidak bercambah untuk mengeluarkan tiub debunga. Atau, tiub debunga tersebut tidak cukup panjang untuk mengsenyawakan ovul. Maka terdapat kegagalan dalam proses persenyawaan.
Tiub debunga telah sampai kepada ovul. Ketidakserasian
antara kedua benih jantan dan betina, maka persenyawaan gagal berlaku.
.
Kesimpulannya; pendebungaan dan pesenyawaan perlu berlaku bagi memastikan pembentukan biji jagung yang sempurna pada tanaman jagung. Keadaan ini perlu disokong dengan amalan agronomi yang baik untuk memastikan keadaan yang kondusif di sepanjang proses fenologi tanaman jagung.
Sumber – Jabatan Pertanian
.
Ovul yang berjaya disenyawakan akan membentuk biji benih jagung. Ketika ini silk akan mula tertanggal dari permukaan ovari.
Cuaca yang terlampau panas akan menyebabkan bijian debunga mudah kering dan mati. Keadaan juga berkemungkinan berlaku akibat silk tidak terbentuk dengan sempurna.
Keadaan dimana, pendebungaan berlaku iaitu biji debunga telah melekat pada silk. Namun, debunga tersebut tidak bercambah untuk mengeluarkan tiub debunga. Atau, tiub debunga tersebut tidak cukup panjang untuk mengsenyawakan ovul. Maka terdapat kegagalan dalam proses persenyawaan.
.
Kesimpulannya; pendebungaan dan pesenyawaan perlu berlaku bagi memastikan pembentukan biji jagung yang sempurna pada tanaman jagung. Keadaan ini perlu disokong dengan amalan agronomi yang baik untuk memastikan keadaan yang kondusif di sepanjang proses fenologi tanaman jagung.
No comments:
Post a Comment