Friday, 25 April 2025

PENDIDIKAN ANAK ORANG ASLI TIDAK DIABAIKAN

The Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dengan kerjasama Yayasan Sime Darby (YSD) telah mengeluarkan laporan "Pendidikan Inklusif untuk Kanak-kanak Orang Asli"

Laporan itu hasil daripada projek pelaksanaan perintis yang memfokuskan kepada Pendidikan Inklusif untuk Orang Asli. 

Laporan ini menawarkan pandangan baru, menguatkan suara Orang Asli, dan mencadangkan sokongan untuk penyelesaian yang lebih disesuaikan dengan budaya untuk menangani ketidaksamaan pendidikan yang telah lama dihadapi oleh komuniti Orang Asli di Malaysia.

Pelancaran laporan ini bukan sahaja menandakan kesimpulan perjalanan penyelidikan yang penting, tetapi komitmen baharu terhadap ekuiti dan keterangkuman, memastikan tiada kanak-kanak, terutamanya daripada masyarakat Orang Asli, ketinggalan dalam pendidikan.

Pandangan utama daripada kerjasama ini ialah keperluan mendesak untuk merapatkan sambungan antara niat dasar dan pelaksanaan di lapangan. Ia memerlukan tindakan kerajaan, sektor swasta, masyarakat untuk bekerjasama rapat, mendengar dengan teliti, dan bertindak tegas untuk mencapai matlamat.  

Salah sebuah sekolah yang terlibat dalam program printis tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya. Sekolah tersebut terlibat dalam Program Robotik Kolaborasi IDEAS dan UIAM untuk tempoh tahun 2024.

Pembinaan SMK Panggung Jaya adalah manifestasi kerajaan untuk memajukan pendidikan di kalangan pelajar Orang Asli.

SMK Panggung Jaya adalah sekolah khas untuk pelajar Orang Asli Kelantan, dan ada juga pelajar kaum Melayu yang tinggal berhampiran sekolah yang terletak di Kampung Panggung Lalat, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan.

No comments:

Post a Comment