Friday, 4 April 2025

SEJARAH TARIAN PENGUIN

Tarian penguin (penguin dance) popular di Balkan dan ada yang mendakwa berasal dari Romania dan Albania.
 
Memetik laman Folkdance, ada juga yang mendakwa tarian penguin berasal dari Finland yang mana diberi nama “letkajenkka” dan dipercayai telah menggunakan rentak irama dari lagu Finnish, lalu dimainkan di kaca TV Jerman dengan tarian diberi nama “penguin dance”.
 
Tidak jelas bagaimana lagu Letkis digandingkan dengan tarian penguin, yang tidak berkaitan dengan mana-mana tarian rakyat Finland.
 
Ada pendapat mengatakan pelajar Finland yang menyertai program pertukaran di Amerika Syarikat terpengaruh dengan pergerakan “bunny hop” (tarian arnab) telah memperkenalkan tarian itu ke Finland, dan kemudiannya, tarian itu berubah menjadi “tarian penguin” ketika diperkenalkan di Jerman.
 
Menurut majalah Time edisi 26 Januari 1953, tarian arnab dicipta oleh pelajar-pelajar di Sekolah Tinggi Balboa, San Francisco, pada tahun 1952.
 
Tarian arnab yang asal dimulakan dengan menendang kaki kanan ke depan, manakala tarian penguin Finland yang asal dimulakan dengan menendang kaki kiri ke depan.
 
Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai versi sejarah tempat asal lahirnya tarian penguin ini dan yang pasti ia tidak terhad kepada kaum Yahudi sahaja. Hal ini didapati tarian ini sudah menjadi universal dan dilakukan oleh sejumlah negara di dunia.
 
Di Malaysia, tarian penguin telah lama ditarikan atau dimainkan di kalangan pelajar dan turut dilakukan ketika kursus sebagai acara atau pergerakan ketika slot pengenalan.
 
Penguin adalah sejenis burung laut di Antartika yang berwarna hitam putih, berkaki pendek, menggunakan sayapnya untuk berenang, dan berjalan tegak lurus di darat.