Pokok pecah beling atau nama saintifiknya
strobilanthes crispus berasal dari wilayah Madagascar hingga ke Indonesia. Ia
dijumpai pertama kali oleh Thomas Anderson sebagai satu bahan kajian.
Nama lain pokok pecah beling ialah pokok pecah kaca, pokok enyoh kilo, pokok kecibeling, pokok batu karang, pokok remek, pokok jin batu, pokok batu karang dan pokok bayam karang. Dalam bahasa Cina pula dipanggil ‘hei mian jiang jun‘.
Pokok herba ini sudah lama digunakan di Asia sebagai bahan ubat tradisional untuk mengurangkan kesakitan pada tubuh badan.
Ia hidup subur di tepi-tepi sungai yang lembab dan padang terbiar. Pokok pecah beling mempunyai ketinggian lebih kurang satu hingga dua meter dan bercabang banyak.
Daunnya berwarna hijau muda ke hijau tua dan agak keras, berbunyi nyaring jika digosok atau direnyuk. Ia mempunyai bunga seperti loceng saiz kecil berwarna kuning tetapi sangat jarang berbunga.
Hasil kajian mendapati, tumbuhan ini berfungsi sebagai antikanser. Melalui kajian kes pembenihan in-vitro dan in-vevo didapati bahawa pokok pecah beling melalui ekstraknya dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti sel kanser kolon, sel kanser hati dan sel kanser payu darah.
Ia mampu menghapuskan kanser secara semula jadi tanpa kesan sampingan yang dialami oleh penghidapnya.
Cara menggunakan pokok herba pecah beling:
- Ambil lima hingga tujuh helai daun.
- Cuci bersih dan toskan.
- Masukkan dalam bekas untuk memasak dan tambah 500 ml air bersih.
- Masak hingga air menjadi 200 ml. Tapis air dan daun pecah beling serta sejukkan.
- Minum segelas pada waktu pagi dan setiap hari hingga penyakit beransur sembuh.
Selain itu daun muda boleh dimakan dijadikan ulam atau daun yang telah kering boleh dibuat teh.
Daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%).

Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah.
Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).Bagi kajian antikanserr.
Pengamal perubatan secara tradisional menggunakan daun pokok ini untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.
Peningkatan paras jumlah antioksidan dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, pokok pecah beling sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal bagi tujuan pencegahan.
Selain dari itu pecah beling didapati mampu menghancurkan batu yang terdapat dalam hempedu di buah pinggang.
Tumbuhan ini juga berupaya menurunkan kolestrol dalam badan dan melancarkan pembuangan air kencing.
No comments:
Post a Comment