Saturday 16 October 2021

SUASANA PANTAI CANTIK D AUR BEACH RESORT

 
Banyak pilihan untuk melakukan aktiviti dan beristirahat. Ada yang memilih untuk hiking bagi mencari kepuasan meneroka alam dan mencabar kekekuatan fizikal mental.

Ada yang suka ketenangan di tasik. Tidak kurang juga yang mengunjungi pulau. Ada pula memilih jeram dan air terjun. Tidak kurang menarik ialah lokasi kolam air hangat atau kolam air panas.

Tempat pilihan yang sudah secara tradisi dikunjungi ramai ialah pantai. Jika anda ingin memilih pantai, salah satu tempat yang dicadangkan ialah D Aur Beach Resort.

Pantai yang cantik dan bersih adalah daya tarikan berkunjung di D Aur Beach Resort, Kampung Sungai Dua, Telong, Bachok, Kelantan.

D Aur Beach Resort terletak kira-kira 35 kilometer dari Kota Bharu dan hanya 10 kilometer dari pekan Bachok. 

Kedudukannya menghadap Laut China Selatan yang bentang luas dengan pantai pasir putih yang menarik menjadikan ia tarikan ramai.

Tempat yang selasa dan mengutamakan kebersihan dan kemudahan asas yang diperlukan oleh pengunjung menjadikan D Aur Beach Resort tumpuan ramai.

Lokasi pantai yang luas membolehkan aktiviti berkumpulan dilakukan dengan selesa. Pengunjung yang hadir pasti berasa seronok dan puas. 

Selain itu macam-macam aktiviti berbayar disediakan di situ dengan kadar bayaran yang berpatutan. Menaiki ATV antara yang paling mendapat sambutan.

Selain penginapan biasa, bilik di atas pokok pun ada. Memang menarik sekali.

Apapun, untuk mendapat kepuasan sebenar, pastikan anda mengunjungi sendiri D Aur Beach Resort. 

Lokasi : D Aur Beach Resort, Jalan Tok Ayah Aur, Kampung Telong, 16310 Bachok, Kelantan

 

No comments:

Post a Comment