Friday 26 April 2024

POSTER KELIRUKAN PELANGGAN

 
Poster yang tular di media sosial ini dikatakan bukan edit (tulisan) memang betul ni. Gambar asal memang di”crop” untuk “potong” nama restoran berkenaan.
 
Cuba baca tulisan pada poster tersebut. Baca dengan tenang dan fahami betul-betul.
 
“SETIAP HARI RABU MAKAN PERCUMA. 11.00 PAGI – 5.00 PETANG. BUKA SETIAP HARI KECUALI RABU”.
 
Tidak elok permainkan pelanggan begini. Orang akan teruju baca “makan percuma”. Rupanya hari Rabu tu mereka tutup kedai.
 
Kalau orang tidak baca betul-betul, dan betul-betul berharap nak makan percuma, datang dari jauh bawa anak isteri, sampai di kedai, dapat tahu bahawa yang percuma itu hanya pada hari Rabu, sedangkan pada hari itu kedai tutup.
 
Lebih malang lagi, kalau datang pada hari lain yang kedainya dibuka, terus pesan makanan yang diingatkan percuma itu, sedangkan kena bayar seperti biasa. Alangkah kecewanya.
 
Jangan pasang perangkap dengan mengharapkan “kecuaian” pelanggan dalam memahami maksud sebenar tulisan di poster berkenaan.
 
Jadilah peniaga yang bijak dan bertanggungjawab untuk memikat pelanggan.