Wednesday, 12 March 2025

ETS SAMPAI SEGAMAT

 
ETS sampai Segamat. Penantian untuk menaiki Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) disediakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melibatkan laluan Padang Besar hingga ke Segamat dan sebaliknya bemula 15 Mac 2025 dan tiket mula dijual 12 Mac 2025. Pengumuman penjualan tiket dan pengoprasian diumumkan KTMB melalui laman rasmi FB KTM Berhad.
 
Pengoprasian ETS dari utara sehingg ke Johor diharapkan memberi manfaat kepada rakyat untuk menggunakan perkhidmatan yang lebih selamat, cekap dan selesa.
 
Selepas Segamat, operasi ETS akan dilanjutkan sehingga ke JB Sentral apabila Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik (LBSTE) bersedia beroperasi. 
 
LBSTE Gemas-JB sepanjang 192 km akan mempunyai 11 hentian yang melalui empat daerah utama Johor termasuk Segamat, Kluang, Kulai sebelum berakhir di stesen JB Sentral di Johor Bahru.
 
Perkhidmatan ETS sehingga JB Sentral membolehkan ETS dihubungkan dari Padang Besar, Perlis ke Johor Bahru, Johor. Dengan pengoperasian itu nanti bermakna seluruh jajaran landasan kereta api pantai barat boleh dilalui ETS.
 
Perkhidmatan EST adalah mod pengangkutan yang popular dan menjadi pilihan di mana-mana laluan perkhidmatan ini disediakan. Pengguna sudah lama menanti untuk menikmati perjalanan yang lebih selesa, cekap dan selamat. 


No comments:

Post a Comment