Aromaterapi adalah rawatan melalui bau yang
menggunakan beberapa titisan minyak pati tumbuhan. Ia boleh dilakukan sama ada
dengan cara tisu dibasahkan dengan minyak pati tumbuhan, urutan di badan,
dimasukkan ke dalam wap air panas untuk dihidu wapnya atau dititis dalam tab atau
air mandian untuk mendapatkan keharumannya.
Aromaterapi istilah yang digunakan dalam
satu cabang perubatan herba membawa maksud bau-bauan dan rawatan. Seni
perawatan diri ini menggunakan sari minyak murni yang dapat membangkitkan
semangat, menyegar dan menenangkan fikiran.
Kebelakangan ini, kaedah ini semakin
digemari baik di kalangan wanita mahupun lelaki terutama bagi mereka yang
mengalami tekanan di tempat kerja.
Aromaterapi berfungsi pada asasnya melalui
deria bau. Menghidu adalah kaedah terbaik bagi mendapatkan kesan maksima
manfaat dari minyak pati ekstrak tumbuh-tumbuhan dalam pengubatan aromaterapi
ini.
Aromaterapi adalah kaedah rawatan
alternatif menggunakan bahan volatil tumbuh-tumbuhan atau hasil sulingan
ekstrak tubuh-tumbuhan yang beraroma. Ia dapat merubah mood seseorang,
fungsi kognatif atau merangsang kesihatan, keseimbangan dan kesejahteraan
hidup.
Apabila seseorang menghidu wangian, molikul
pati minyak akan menyebabkan isyarat dihantar ke otak, yang kemudian bertindak
balas yang boleh memberi kesan kepada bahagian lain tubuh. Tindak balas
itu boleh memberi kesan emosi dan psikologi positif.
Penggunaan yang berterusan dapat membantu
membunuh bakteria yang berada di dalam badan, serta boleh merangsang sel dan
organ bandan agar lebih bersedia untuk mengatasi serangan bakteria. Dua asas
mekanisma keberkesanannya adalah pengaruh aroma terhadap otak dan kesan terus
farmakologi.
Sejarah mencatatkan bahawa penggunaan
essential oil telah bermula ribuan tahun dahulu. Ini terbukti dengan penemuan
penggunannnya di dalam tempat persemadian Tutankhamun, di Mesir. Juga
digunakan sejak lebih tahun 2700 Sebelum Masihi seperti tercatat dalam The
Classic Yellow Emperor's Book og Internal Medicine Cina bagi merawat masalah
selsema, haid dan cirit birit.
Penggunaan essential juga dicatatkan dalam
bukan kesusasteraan India, The Reg Veda. Manakala tokoh ilmuan Islam, Ibnu
Sina juga pernah menggunakan kaedah aromaterapi dalam bidang perubatan.
Aromaterapi merupakan pilihan rawatan
penjagaan kesihatan yang mampu memberi ketenangan pada seseorang
individu. Secara saintifiknya rawatan aromaterapi boleh meningkatkan
kualiti kesihatan manusia kerana ia menggunakan pati organik semula jadi yang
diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan.
Penggunaan minyak pati secara sistematik
dalam rawatan holistik dipercayai dapat memperbaiki tahap kesihatan fizikal dan
emosi seseorang. Selain itu, minyak pati juga mampu memberi kesan terapeutik
untuk kesihatan dan perlindungan daripada penyakit.
Rawatan aromaterapi menggunakan minyak pati
tumbuhan tertentu boleh menjadikan seseorang individu awet muda dan melambatkan
proses penuaan di samping memberi kesan positif pada emosi dan psikologi.
Penggunaan minyak pati tumbuhan juga boleh
menjauhkan jangkitan virus seperti selesema, asma dan resdung serta
meningkatkan sistem ketahanan badan.
Suatu ketika dahulu, kaedah aromaterapi
agak terbatas di kalangan masyarakat dan ia hanya dipraktikkan oleh golongan
bangsawan seperti Cleopatra. Namun kini, keberkesanan rawatan aromaterapi turut
diakui oleh golongan doktor dan ahli terapi alternatif yang menggunakan sari
minyak murni ini sebagai anti septik dan anti bakteria.
Mesej mengenai bau yang sampai terus ke
otak mempunyai pertalian rapat dengan emosi. Rangsangan ini secara tidak langsung
mengurangkan tekanan dan ketegangan yang dialami. Aroma yang dikeluarkan oleh
herba-herba ini memberi daya tarikan yang kuat kepada emosi, minda dan tubuh
badan.
Terdapat pelbagai jenis dan kegunaan minyak
murni. Antaranya ialah kayu cendana, serai, bunga cengkih, limau dan lavender.
Tidak ketinggalan bunga-bungaan seperti mawar, melur dan jasmin yang mempunyai
keistimewaan tersendiri.
Kayu cendana misalnya, digunakan untuk
merawat infeksi saluran kencing dan alat kelamin, mengubati luka dan mengatasi
masalah melelapkan mata. Manakala, serai dan halia yang sering digunakan dalam
masakan mempunyai peranan tersendiri.
No comments:
Post a Comment