Cili
atau dipanggil lada memang banyak jenis. Di Kelantan, ada sejenis lada
yang dipanggil lada cengek. Dinamakan laga cengek kerana ketika makan lada
tersebut akan terangkat atau terjungkit mulut atau bibir menahan rasa pedas. Cengek
adalah dialek Kelantan yang bermaksud ‘ternaik’
Lada
cengek adalah lada burung atau juga dikenali cili padi. Biarpun kecil tetapi
menjadi. Lada
cengek adalah jenis lada kecil. Ia ada banyak jenis. Yang paling pedas adalah
lada cengek kampung. Buahnya paling kecil jika berbanding buah lada cengek yang
lain. Kalau
tergigit sebiji lada cengek memang boleh terangkatlah. Boleh keluar air mata
menahan pedasnya.
No comments:
Post a Comment