Sukarelawan Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM) Negeri Kelantan melakukan soal selidik dan pemungutan data penilaian
kemusnahan pascabanjir di Kelantan. Tumpuan diberikan di kawasan yang terjejas
teruk ketika gelombang pertama banjir bermula 27 November 2024.
Data yang dikumpul akan digunakan untuk menyalurkan bantuan jangka pendek dan dan panjang, serta dikongsi dengan agensi-agensi lain untuk perancangan jangka panjang.
Data-data ini penting kerana Kelantan sering dilanda banjir, bukan sekali dalam setahun, bahkan dua atau tiga kali, untuk memudahkan penyaluran bantuan pascabanjir dan tindakan perlu dilakukan untuk meringankan beban kesusahan ditanggung mangsa banjir.
Proses pemungutan data hari ini (12 Dis 2024) melibatkan penduduk Kampung Simpangan, Pengkalan Kubur. Data melibatakan 50 ketua isi keluarga berjaya dikutip.
No comments:
Post a Comment