Penduduk asal penghuni Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya
adalah kaum Temua, iaitu salah satu suku Orang Asli. Kaum Temuan mendiami
kawasan Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, .
Bagaimanapun, sejarah mencatatkan bahawa orang Mandailing
adalah orang yang pertama membuka atau membangunkan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur
ataupun Muara Bustak dalam bahasa Mandailing yang bermaksud kuala yang
berlumpur.
Keluarga Sutan Naposo (Sutan Puasa) sendiri tinggal di Muara
Bustak. Pada hari ini tapak rumah Sutan Naposo itu terletak di Jalan Melayu
dekat Masjid India di Kuala Lumpur.
Walaupun orang Bugis ramai di Selangor, tetapi tidak
terlibat membangunkan Kuala Lumpur pada peringkat awal. Ini kerana sikap orang
Bugis lebih suka membuat penempatan di sebelah pantai kerana jiwa pelayar masih
kuat.
Tidak seperti orang Mandailing yang lebih suka bertani dan
juga untuk menjauhi diri mereka dari orang Bugis jadi penempatan mereka lebih
ke dalam pendalaman Selangor.
Memang diketahui orang Sumatera tidak rapat dengan orang Bugis kerana kebengisan mereka.

No comments:
Post a Comment