Wednesday 30 March 2016

Khasiat hebat gingko biloba

 
Gingko biloba atau ginkgo biloba adalah sejenis tumbuhan kaya khasiat perubatan. Selama beribu-ribu tahun, daun gingko biloba diguna dalam perubatan tradisional Cina.

Dua unsur kimia yang bermanfaat iaitu flavonoid dan terpenoid.

Flavonoid adalah antioksidan berasaskan tumbuhan. Kajian menunjukkan bahawa flavonoid melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada kerosakan.

Terpenoid pula memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.

Oleh itu ramai yang mengambil produk gingko percaya bahawa ia boleh meningkatkan daya ingatan, menajamkan pemikiran dan juga mengatasi masalah peredaran darah.

Persoalannya kini, adakah kepercayaan ini disokong oleh fakta saintifik dan klinikal?

Meningkatkan daya ingatan. Ginkgo juga dikenali sebagai "herba otak". Gingko meningkatkan aliran darah ke otak dan bertindak sebagai antioksida. 

Terdapat beberapa kajian yang mendapati bahawa gingko membantu meningkatkan ingatan dan pemikiran dalam kalangan orang muda dan pertengahan umur yang sihat.

Didapati gingko memberi kesan positif kepada memori dan pemikiran serta memudahkan pengidap alzheimer atau demensia melakukan tugas seharian.

Selain daripada itu, gingko sering ditambah ke dalam makanan, minuman ringan, dan air buah-buahan untuk meningkatkan daya ingatan dan meningkatkan prestasi mental. 

Membaiki pengaliran darah. Kajian telah dilakukan kepada pesakit yang mempunyai masalah kurang aliran darah ke kaki. Mereka yang mempunyai masalah ini menghadapi kesukaran untuk berjalan dan berasa sakit ketika berjalan. Analisa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil gingko mampu untuk berjalan lebih jauh. 

Degenerasi makula. Flavonoid yang dijumpai dalam ginkgo juga membantu mengurangkan masalah berkaitan retina, iaitu bahagian belakang mata.

Degenerasi makula yang berkaitan dengan faktor usia adalah penyakit mata yang memberi kesan kepada retina dan boleh menyebabkan buta. 

Terdapat beberapa kajian yang mencadangkan bahawa gingko boleh membantu mengekalkan penglihatan bagi mereka yang mempunyai masalah degenerasi makula ini.

Melihat kepada hasil beberapa kajian, kegunaan gingko memberi harapan baru bagi individu yang mempunyai masalah degenerasi makula untuk mengatasi masalah penglihatan mereka.

Kebaikan Gingko Biloba:
- Memperbaiki pengaliran darah.
- Meningkatkan prestasi otak.
- Mengubati sakit kepala dan migrain.
- Mengubati masalah kemurungan.
- Merawat penyakit asma.
- Merawat tinitus (masalah pendengaran).
- Merawat glaucoma (masalah penglihatan).
- Membaiki peredaran darah.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Memberi perlindungan kepada pusat memori.
- Antikanser

No comments:

Post a Comment