Tuesday 12 November 2019

PANDUAN ELAK JADI MANGSA SERANGAN TEBUAN


Banyak kes serangan tebuan berlaku. Gigitan serangga berbisa itu amat berbahaya. Jika tidak bernasib baik boleh mengakibatkan kematian.

Berikut tips untuk mengelak menjadi mangsa tebuan;
- Jangan mengibas baju atau kain untuk menghalang serangan tebuan kerana pergerakan mendadak lebih menarik perhatian serangga berkenaan untuk menyerang.
- Jangan sesekali mengganggu habitatnya kerana serangga itu biasanya ia akan menyerang apabila habitat diganggu.
- Apabila diserang, lari secepat mungkin ke tempat perlindungan seperti rumah, bangunan dan kenderaan dengan menutup kepala dengan baju.
- Mangsa dinasihatkan tidak terjun ke dalam air atau sungai kerana tebuan akan menunggu di atas permukaan air sehingga mangsa timbul semula.
- Jika disengat, segera dapatkan rawatan doktor dan mengeluarkan sengat dari luka secepat mungkin. Sengatan akan terus mengeluarkan bisa selagi berada dalam kulit.

No comments:

Post a Comment