Setiap
orang ada hak untuk menjalani kehidupan dengan aman dan dihormati. Namun, ada pihak
yang angkuh melakukan perbuatan menghina dan merendah-rendahkan individu atau pihak
terterntu.
Perbuatan
menghina satu perbuatan melanggar hak peribadi pihak lain. Tindakan menghina
seseorang termasuk dalam perbuatan mendera. Perbuatan itu lambang runtuhnya
nilai moral kasih sayang dan saling menghormati. Tiada siapa berhak menghina
orang lain dengan apa cara sekalipun.
Perbuatan
menghina terjadi berpunca mata kalbu (hati) telah buta daripada melihat nilai
hidup sebagai manusia. Allah menjelaskan tentang mata dan telinga kalbu
yang memainkan peranan meletakkan seseorang kepada taraf insan dan membezakan
seseorang daripada alam haiwan.
Firman
Allah dalam surah al-Araf, ayat 79 bermaksud: “Mereka mempunyai kalbu tetapi
tidak mengambil faham (berfikir) dengannya, mereka mempunyai mata tetapi tidak
mahu melihat denganya dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak mendengar
dengannya. Mereka itu adalah seperti binatang ternakan, malah mereka itu
lebih sesat.”
Mata
dan telinga yang dimaksudkan ayat di atas bukanlah mata dan telinga jasmani,
tetapi merujuk kepada mata dan telinga kalbu. Kalbu yang telah dirasuk
perasaan sombong dan angkuh tidak takut hukum Allah dan jauh sama sekali
undang-undang ciptaan manusia.
Orang
melakukan penghinaan terhadap orang lain menunjukkan lagak berkuasa, sedangkan
sebenarnya dia tidak mempunyai apa-apa kuasa melainkan apa yang dipinjamkan
Allah kepadanya.
Allah
amat murka kepada orang yang merasa dirinya lebih berkuasa dan bertindak sesuka
hati. Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamu berjalan di bumi dengan
berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak dapat menembusi bumi, dan
engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-gunung.” - (Surah al-Isra,
ayat 37).
Allah
memberi kelebihan dan kekuatan untuk tujauan membuat kebaikan dan bukannya
menghina orang lain.
Islam
mementingkan ikatan kasih sayang dan hormat menghormati melarang sebarang
bentuk penderaan dalam semua bentuk sama ada fizikal maupun emosi.
Mereka
yang melakukan perbuatan melampai batasan termasuk menghina dan mengherdek
orang lain mendapat seksaan yang pedih.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya kesalahan hanya ada pada orang yang
berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa
(menghiraukan kebenaran). Mereka itu mendapat seksaan yang pedih.” (Surah
asy-Syura, ayat 42).
Islam mengajar agar kita bersatu dan saling menghormati. Setiap orang ada kebolehan yang boleh dimanfaatkan orang lain. Dan setiap orang memerlukan pertolongan daripada pihak lain biarpun sehebat manapun kedudukan dan kekayaan yang dimiliki.
No comments:
Post a Comment