Seorang
wanita melihat seekor ular terbakar dan memutuskan untuk mengeluarkannya dari
api. Ketika dia melakukannya, ular itu menggigitnya sehingga menyebabkan rasa
sakit yang luar biasa. Wanita itu menjatuhkan ular itu, dan reptil itu jatuh
kembali ke dalam api.
Jadi,
wanita itu melihat sekeliling dan menemukan sebuah tiang logam dan
menggunakannya untuk mengeluarkan ular itu dari api, menyelamatkan nyawanya.
Seseorang
yang melihat mendekati wanita itu. Katanya: "Ular itu menggigitmu.
Mengapa kamu masih mencuba untuk menyelamatkannya? "
Wanita
itu menjawab: "Sifat ular adalah menggigit, tetapi itu tidak akan mengubah
sifat saya yang suka menolong."
Pengajaran
kisah. Jangan mengubah sifat baik anda hanya kerana seseorang membenci dan melakukan
perkara buruk kepada anda. Jangan kehilangan hatimu yang baik, hanya kerana
mereka yang berhati busuk, tetapi belajarlah untuk mengambil tindakan
pencegahan.
Jadilah
bijak ketika kebaikan kamu dinilai salah dan dibalas dengan keburukan.
Yakinlah, apa sahaja yang dilakukan bukan untuk dinilai oleh manusia,
sebaliknya ikhlas kerana Allah.
Biarlah
seluruh manusia di muka bumi ini mengatakan kamu salah, memadai dengan
pengiktirafan Allah mengatakan ia adalah betul.
Allah tidak pernah menganiaya hamba-Nya yang melakukan kebaikan, bahkan
kebaikan itu tetap dibalas pahala biarpun dipandang salah oleh orang lain.
No comments:
Post a Comment