Monday 14 September 2020

KEDAI MAKAN KUKUS KLASIK KLANG

Sebaik saja melangkah masuk ke kedai makan Kukus Klasik, Jalan Tepi Sungai, Klang, pengunjung seolah-olah berada di tahun 60-an.

Dengan telinga didendangkan dengan lagu-lagu P Ramlee dan mata pula terpukau dengan hiasan dalaman kedai yang sangat klasik dengan aneka barangan antik.

Dengan meja dan bangku kayu panjang seperti kedai makan zaman dahulu, pengunjung berpeluang menikmati sarapan yang enak iaitu lempeng sambal bilis, pisang rebus cicah kelapa dan ubi kayu rebus cicah kelapa.

Hidangan lain ialah roti bakar telur, roti kukus kaya dan paling istimewa tong mo iaitu sate kemboja.

Kedai ini bukan sahaja menarik kunjungan orang lama-lama, bahkan ada golongan muda yang datang untuk merasai pengalaman menikmati hidang orang dahulu dengan suasana atau persekitaran pada masa itu. 


No comments:

Post a Comment