Wednesday 30 June 2021

Rakyat penentu Malaysia bebas Covid-19

Angka kes pandemik Covid 19 tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan berterusan. Sekejp turun lepas tu naik balik. Umpama ‘roller coaster’ yang sentiasa berubah ketinggian dan cabaran.

Pihak KKM masih berusaha untuk melandaikan angka kes. Bukan mudah jika tiada kerjasama dari semua pihak terutamanya rakyat Malaysia.

Rakyat sentiasa salahkan kerajaan gagal kawal Covid-19. Namun, pernahkah kita berfikir bahawa kes merebak kerana rakyat tidak mengambil langkah pencegahan.

Biarpun, banyak kluster kilang atau tempat kerja, namun kluster sosial turut tidak kurang banyaknya.

Banyak yang masih degil melakukan itu dan ini. Bergerak ke sana dan ke sini. Tidak melakukan penjarakan fizikal dan sebagainya. Kalau rakyat ingin wabak ini terhenti, amat penting patuh SOP ditetapkan.

Kita memaksa sempadan negeri dan daerah dibuka, kita mahu menjalani rutin harian seperti dahulu, namun jika kita tidak mahu memberikan kerjasama, bagaimana ianya akan tercapai.

Seluruh rakyat Malaysia perlu berganding bahu dan mendengar seruan pihak KKM. Patuhi SOP dan ‘stay at home’.

Jika tiada keperluan yang penting, kekal berada di rumah. Setiap rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab pada diri mereka sendiri.

Menziarahi ibu bapa adalah tanggungjawab seorang anak. Tetapi mengapa perlu merisikokan ibu bapa dengan penyakit berbahaya itu. Sekarang bukan masanya lagi.

Kita perlu tahu, ada pesakit Covid yang tiada simptom. Tetapi apabila menjangkiti warga tua atau kanak-kanak, golongan inilah yang paling terkesan.

Jika kesemua rakyat Malaysia berganding bahu mematuhi SOP dan arahan KKM pasti kita berjaya mengekang wabak ini.

Tidak perlu pegang jarum suntikan, menyarung PPE dan bersengkang mata untuk membantu pihak KKM. Hanya sekadar ‘stay at home’ dan patuhi SOP. 

No comments:

Post a Comment