Thursday 16 September 2021

GERE BULUH TEMPAT ISTIRAHAT

Pokok buluh banyak kegunaan. Ketika berusia rebung, ia boleh dijadikan sayur atau dimakan. Apabila sudah tua dan batangnya keras, banyak kegunaan batang buluh.

Pada masa dahulu, batang buluh banyak digunakan dalam masyarakat Melayu. Batang buluh dibuat sasak untuk dijadikan dinding rumah, pagar dan sebagainya.

Batang buluh digunakan sebagai tiang yang untuk menyokong beban yang tidak terlalu berat. Batang juga dijadikan rakit dan titi.

Satu lagi kegunaan buluh yang sering digunakan ialah membuat gerai. Kalau dalam dialek Kelantan ia disebut ‘gere’.

Gere buluh biasa dibuat untuk ditempatkan di laman rumah, biasanya di bawah pokok untuk dijadikan tempat istirahat atau santai pada waktu petang. Gere buluh juga dibina di kawasan kebun untuk berehat.

Pengguna buluh menjadi pilihan kerana ia mudah diperoleh di kawasan kampung. 

Gere buluh diperbuat menggunakan buluh untuk 'lantai', penyambut dan tiang. Ini kategori gere.

Namun di kampung-kampung, buluh hanya digunakan untuk lantai. Buluh itu sama ada dibelah penuh, belah separuh atau sebatang. Buluh itu diikat menggunakan akar atau rotan.

Tongkat atau tiang serta penyambut pula menggunakan batang nibung atau kayu yang lebih kukuh.

Gere buluh kini buat secara kemas untuk kegunaan di beranda rumah. Malah ada diletakkan di dalam rumah.

Gere buluh juga dijadikan sebahagian penyeri untuk melahirkan kelainan di restoran sebagai meja mahupun tempat duduk bersila.

Semoga gere yang cukup terkenal pada masa dahulu diberi sentuhan fungsi yang lebih menarik dan mendapat sambutan ramai.

No comments:

Post a Comment