Thursday 6 October 2022

BILA HENDAK SELESAI MASALAH AIR DI KELANTAN

 
Tular di media sosial video mengenai seorang wanita ‘mengamuk’ di pejabat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) menyatakan tidak puas hati kerana dia terputus bekalan air selama tiga hari.

Tidak pasti pejabat AKSB cawangan mana, apa yang jelas, wanita ita menyatakan keinginan untuk berjumpa dengan ‘bos’ untuk mengadu mengapa bekalan air yang dihatar melalui lori tangki tidak sampai ke rumahnya sejak tiga hari lalu.

Dia yang mempunyai anak yang bersekolah dan anak kecil, telah membuat laporan sebanyak tiga kali mengenai kehabisan bekalan, namun tidak tindakan penghantaran bekalan air oleh pihak AKSB.

Akibat masalah bekalan air, dia mendakwa tidak dapat pergi kerja dan kursus yang sepatutnya dihadiri olehnya.

Dia meminta agar bekalan air dihantar segera dan sudah hilang sabar dengan keadaan tersebut. Dia tidak mahu berganjak meninggalkan pejabat itu selagi bekalan air tidak dihantar segera.

Sebenarnya, isu keputusan bekalan air di Kelantan sudah menjadi perkara biasa yang mendatangkan banyak masalah kepada penduduk. Masalah itu seperti tiada kesudahannya.

Ia dijangka akan menjadi isu penting menentukan sokongan kepada parti mana yang layak memerintah Kelantan selepas PRU-15 nanti.

No comments:

Post a Comment