Tuesday 10 January 2023

JAMBATAN KAMPUNG PANTAI SENOK

 
Penduduk Kampung Pantai Senok, Bachok bakal mendapat menikmati kemudahan jambatan menghubung kampung tersebut dengan Kampung Pulau Gajah, Kota Bharu yang menyeberangi Sungai Pengkalan Datu.
 
Dengan pembinaan jambatan dan jalan itu nanti mendekatkan penduduk di Kampung Pantai Senok untuk ke Lapangan Terbang Sultan Ismail dan seterusnya ke bandar Kota Bharu.
 
Kemudahan ini juga akan memajukan lagi aktiviti pelancongan di kawasan berkenaan. Di Pantai Senok terdapat pantai peranginan yang mendapat jolokan nama Pulau Nami. Manakala di Kampung Tanjung Kuala Sabak di sebelah Kota Bharu pula terdapat Pantai Nusuk dan Masjid A-Rahman Pulau Gajah.
 
Sekarang ini, penduduk di Pantai Senok dan kawasan Lembangan Sungai Pengkalan Datu sebelah Jajahan Bachok hendak ke Kota Bharu perlu melalui Jambatan Pak Nik Lah, Kampung Panchor, yang sering mengalami masalah kesesakan, terutama musim perayaan dan waktu pagi atau petang ketika pekerja pergi atau pulang tempat kerja.
 
Projek pembinaan jambatan tersebut yang bernilai RM68.5 juta dijangka siap pada 01 Dis 2024.

No comments:

Post a Comment