Saturday 18 November 2023

MANFAAAT KHASIAT POKOK RUMPUT ALFAFA

 
Alfafa adalah tanaman sejenis tanaman rumput yang memiliki beberapa ciri seperti mempunyai akar tunjang, batang merayap atau menjalar tegak dari pangkal kayu dan tingginya sekitar 30-120 cm.
 
Alfafa mempunyai jenis daun tersusun tiga. Tangkai daun agak berbulu yang berukuran 5-30 mm. Lazimnya kadar kedalaman akar alfalfa dapat mencapai 2-4 meter. Daripada mula membentuk batang, tunas pucuk di bahagian bawah ketiak daun kemudian akan membentuk batang sehingga mahkota pada bahagian bawah menjadi pangkal di atas tanah membentuk sistem percabangan.
 
Bunganya tersusun pada jambak yang padat dengan bunga kecil berwarna kuning. Dalam banyak kajian dilaporkan rumput ini mampu hidup hingga 30 tahun iaitu bergantung dari keadaan keadaan persekitarannya.
 
Rumput alfafa juga memiliki bintil akar yang mengandung bakteria dikenali rhizobium meliloti yang dapat mengikat nitrogen dari atmosfera untuk keperluan tumbuhan. Rumput alfalfa sebenarnya merupakan jenis leguminosa di mana ia mempunyai akar yang mempunyai bintil-bintil nitrogen.
 
Oleh kerana akar alfalfa yang panjang, akar alfafa mampu menyerap pelbagai vitamin dan mineral mengikut lapisan dan kedalaman tanah dan zat akan terkumpul dengan banyak dan padat pada pokok alfalfa kerana pokok yang renek.
 
Kelebihan, manfaat, kebaikan dan peranan alfafa:
- Mencuci hati, darah dan usus.
- Mengembalikan kenormalan badan yang berasid
- Menghilangkan toksin dari badan.
- Melawan alahan. 
- Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut 
- Memperbaiki masalah saluran penghadaman.
- Menyingkirkan lemak dan kolesterol. 
- Sebagai span yang bertindak menyerap kolesterol.
- Mengalkalikan badan untuk memperbaiki sel-sel kanser
- Melegakan keletihan. 
- Mencegah atau merawat atritis. 
- Legakan sakit-sakit sendi dan belakang.
- Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan.
- Memberi kelegaan semasa period.
- Membantu merawat asma.
- Mencuci usus bagi membuang toksik.
- Membantu membuang angin dalam badan.
- Membantu mencuci buah pinggang
- Merawat kencing kotor.
- Membantu masalah keputihan pada wanita.
- Membesar dan menegangkan payudara.
- Memulihkan urat selepas bersalin.
- Membantu masalah penghadaman dan pencernaan.
- Meningkatkan stamina lelaki.
- Membantu melegakan masalah sembelit

No comments:

Post a Comment