Wednesday 13 December 2023

SAJI SANTAN KELAPA KELUARAN FGV

 
Santan menjadi keperluan utama dalam penyediaan masakan Melayu. Malah masakan yang bersantan turut diminati bangsa lain dan telah dianggap sebagai masakan Satu Malaysia seperti kari, gulai masak lemak cili padi, aneka kuih, bubur dan manisan antara sajian popular yang digemari dan menduduki carta teratas dalam senarai menu kegemaran rakyat Malaysia. 
 
Santan segar diperoleh daripada perahan kelapa tua yang dikukur, parut atau dimesin. Pada masa dahulu, untuk mendapatkan santan tidak sukar kerana boleh dikatakan penduduk kampung memiliki pokok kelapa sendiri atau membeli kelapa kemudian dikukur sendiri.
 
Namun, sekarang ini untuk mendapatkan santan segar hanya melalui kedai menjual santan. Kedai ini biasanya beroperasi pada waktu pagi dan tengah hari sahaja. Masa-masa lain ia tidak beroperasi.
 
Jadi, kenalah dibeli pagi dan disimpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan pada waktu lain. Masalahnya, ada kalanya santan menjadi basi atau tidak elok untuk digunakan apabila disimpan lama.
 
Untuk untuk, penggunaan santan segera adalah langkah bijak. Mudah dibeli dan disimpan uuntuk tempoh yang lebih lama.
 
Salah satu jenama santan segera ialah Saji Santan Kelapa keluaran FGV. Menggunakan santan segera adalah lebih mudah, sedap dan menjimatkan masa. Malah Saji Santan Kelapa juga mempunyai keunikan aroma wangi santan dan rasa segar seperti baru diperah.
 
Seleksi Saji Santan Kelapa juga lebih terjamin dari segi kebersihan berbanding santan yang diperah secara manual. Ia dihasilkan menerusi proses Ultra High Temperature (UHT)  sekaligus menjadikan Saji Santan Kelapa  lebih selamat digunakan dalam masakan harian.
 
Saji Santan Kelapa diperbuat daripada santan baru diperah dari kelapa yang dipilih khas untuk memberikan rasa yang terbaik. Tekstur santannya halus serta beraroma menjadikan masakan anda jadi lebih sempurna.
 
Saji Santan Kelapa sesuai digunakan dalam semua jenis masakan seperti lauk pauk, manisan, kuih muih, minuman, dan bermacam-macam lagi. Segar seperti baru diperah
Makanan bebas kolesterol dan tanpa bahan pengawet
 
Terdapat tiga pilihan Saji Santan Kelapa yang menjadi pilihan para suri rumah di Malaysia iaitu Saji Santan Kelapa, Saji Krim Kelapa dan Saji Santan Kelapa “Light”.
 
Saji Krim Kelapa, memberikan rasa paling berlemak antara semua varian. Teksturnya lebih pekat, lebih berkrim. Ia juga mempunyai rasa dan aroma santan yang lebih kuat.
 
Bagi Saji Santan Kelapa menampilkan segar seperti baharu diperah dan sesuai untuk semua jenis masakan.  
 
Bagi anda yang sukakan santan yang kurang lemak, pilihlah SAJI Santan Kelapa “Light” ini. Kandungan lemaknya hanya 12% sahaja. Memang lebih sihat. Walaupun lemaknya lebih rendah, rasa, aroma, serta kesegarannya tetap terbaik.

No comments:

Post a Comment