Sunday 21 July 2024

LALUAN DU GOIS DI PERANCIS MENJADI PERHATIAN

 
Pihak berkuasa atau kerajaan akan membina kemudahan untuk kemudahan kepada rakyat, termasuk penyediaan jalan raya dan jambatan. Namun, lain apa yang berlaku di Perancis apabila ia dibiarkan secara semula jadi.
 
Satu laluan yang dikenali Laluan du Gois (Passage du Gois – boleh juga diterjemah sebagai Jalan du Gois) wujud secara semula jadi yang dijadikan laluan menghubungkan Beauvoir-sur-Mer dan Pulau Noirmoutier, yang terletak di Teluk Bourgneuf, Lautan Atlantik.
 
Laluan sepanjang 4.2 kilometer itu terbentuk secara semula jadi sejak 1700. Ia terbentuk secara semula jadi melalui mendapan lumpur. Mendapan itu lama kelaman menjadi padat dan digunakan penduduk setempat sebagai laluan menghubungkan tanah besar ke pulau.
 
Apa yang menarik ialah laluan tersebut hanya boleh dilalui dua kali sehari sahaja, itupun hanya untuk tempoh beberapa jam sahaja. Laluan tersebut selamat dilaluan kenderaan darat ketika air surut. Manakala ketika air pasang, ia akan ditenggelami air laut kira-kira kira-kira empat meter.
 
Masa laluan itu boleh digunakan tidak sama setiap hari kerana masa pasang surut air laut tidak sama. Ia melibatkan pusingan waktu kesan putaran bumi dan tarikan graviti bulan. Pasang surut ini berlaku di kawasan pantai dan muara sungai, lazimnya dua kali pasang dan dua kali surut sehari.
 
Kini, Passage du Gois  menjadi destinasi pelancongan dan digunakan banyak orang. Keunikan Passage du Gois bahkan menjadi tempat penganjuran beberapa pertandingan, seperti lumba lari, hingga acara berbasikal paling berprestij, Tour de France.

No comments:

Post a Comment