Kata Imam Ali Jum'ah: Mimpi bertemu atau melihat Rasulullah SAW adalah benar, kerana syaitan tidak mampu menyerupai dan mendakwa
bahawa dia Nabi.
Namun ada satu kaedah penting iaitu Nabi
yang dimimpikan itu sesuai dengan orang yang bermimpi.
Jika Nabi dilihat sempurna indah, seperti
yang diriwayat para sahabat dalam hadis syamail maka ini menunjukkan
sempurnanya orang yang melihat.
Jika sebaliknya, maka menunjukkan tidak
sempurnanya orang yang melihat, atau terdapat kecacatan pada ajaran atau amalan agama
pemimpi itu.
Al-Zahabi menceritakan daripada Abdullah
bin Muslim al-Marwazi katanya: “Aku pernah melazimi majlis Ibn Sirin. Kemudian
aku meninggalkannya. Dan aku lazimi majlis sebahagian ahli bidaah. Maka aku
bermimpi seakan akan aku bersama kaum yang menanggung jenazah Nabi SAW. Maka
aku pergi kepada Ibn Sirin dan meceritakan mimpi aku. Kata Ibn Sirin: Kenapalah
kau duduk dengan kaum yang ingin menguburkan ajaran Nabi SAW?”
Daripada kisah ini, apabila pemimpi melihat
jenazah Nabi, maka diketahui mimpi tersebut adalah amaran terhadapnya bahawa
agama Islam yang dianutnya itu bermasalah. Dan bukanlah mimpi tersebut satu
berita gembira bahawa beliau telah melihat Nabi..
Kesimpulannya:
- Mimpi Nabi adalah benar
- Nabi yang dilhat menggambarkan sejauh mana hal kita dengan Nabi dan ajarannya
- Mimpi Nabi boleh menjadi berita gembira dan boleh menjadi amaran kepada pemimpi.
- Mimpi Nabi adalah benar
- Nabi yang dilhat menggambarkan sejauh mana hal kita dengan Nabi dan ajarannya
- Mimpi Nabi boleh menjadi berita gembira dan boleh menjadi amaran kepada pemimpi.
No comments:
Post a Comment